Arkib untuk Mei, 2008

Project Management

Posted in Sendiri on Mei 30, 2008 by amirmukhriz

Cyberview Lodge Resort.

Tiga hari berkursus di sana. Cantik tempatnya. Sejuk mata memandang. Makanan pun okey. Layanan pun mesra. Ha.

Hendak jadi pengurus projek ini, banyak cabarannya. Banyak yang perlu diperhalusi. Banyak yang perlu diperkemaskan. Kalau mahu projek berjaya dan lancar.

Hendak jadi pengurus projek ini, senang sahaja. Arah-arah sahaja. Tak betul, marah. Itu sahaja. balik rumah, enjoy, tak perlu fikir masalah. — mungkin ini tanggapan sesetengah pekerja.

(Yang paling best sepanjang kursus ini, adalah bermain simulation game menguruskan satu projek. Macam jadi pengurus betul!)

Pasca Champions League Final

Posted in Sendiri, Sukan dengan label on Mei 24, 2008 by amirmukhriz

*awas. entri ini menggunakan bahasa rojak.

Lama dulu, sekitar tahun 1993/94, abang aku perkenalkan aku dengan satu game bola yang sekarang mungkin dah tahap legend di kalangan peminat sukan bolasepak. Championship Manager nama game tu. (Amacam peminat bola? Lu pun pernah layan, kan?) Waktu tu, nak install game ni, pakai disket. Takde cd-cd nya time tu. Cpu jenis terbaring atas meja. Dos 3.11!

Dipendekkan cerita, oleh kerana mahu keseronokan berganda, aku jadi pengurus team divisyen 3, pilih taktik yang nampak macam sure jadi punya, dan bawak team tu promoted sampai primier league. Team kesayangan aku waktu tu adalah Hull City. Main taktik 4-3-3. Tiga midfield dan tiga striker, semua letak centre. Takde wing. Sure jadi punya!

Masuk sekolah menengah + matriks, duk asrama, aku on off main game ni. Time cuti je main. Game pun dah bertambah moden dan sofistikated. Ada highlight, banyak pilihan liga dan siap boleh urus negara. Boleh edit pemain, duit, dan macam-macam lagi. Masuk u + kerja, aku berhenti terus main game ni. Banyak buang masa aku kalau terus layan.

***

Hari ni, hampir lima belas tahun sejak first time aku layan Championship Manager ‘92, Hull City tak perlukan lagi game simulator untuk naik ke Liga Perdana. Hull City, dengan jaringan player yang antara aku tak suka masa manage team ni belasan tahun yang lepas ; Dean Windass, telah menang game play off untuk bersama-sama dengan nama-nama besar liga perdana pada musim depan.

***


Soalan trivia: Mampukah Hull City menyaingi Bolton?

Sabotaj 3.

Posted in Promosi on Mei 15, 2008 by amirmukhriz

Tahukah anda, sebelum entri pertama di wordpress ini, Amir Mukhriz telah hampir tiga tahun menulis blog di blogspot dan esasterawan.net? Namun, atas sebab-sebab teknikal, blognya di blogspot terpaksa ditutup dan yang tinggal,

hanyalah kenangan.

Tapi! Anda masih belum terlambat, untuk membaca atau melihat sedikit coretannya yang dulu-dulu itu. Kerana, anda beruntung, coretan itu ada dimuatkan di dalam sebuah blook terbaru terbitan Sindiket Soljah.

Maka! Dapatkanlah buku itu, sebelum kenangan kepada kenangan itu, sekadar menjadi kenangan.

Oyeah!

***

***

ke sol-jah.blogspot.com untuk urusan jual beli.

Mesyuarat [Seksis 1-1]

Posted in Sendiri on Mei 13, 2008 by amirmukhriz

Fzh : Kau mesti buat betul-betul sistem ni. Client yang ni cerewet betul. Benda yang kecil-kecil pun dia akan complain.

Rzd : Ha ha. Mesti perempuan.

Fzh : Sorry sikit, dia ni lelaki.

Rzd, Zhsm, Aku: ………………………

Pejabat [Seksis 1-0]

Posted in Sendiri on Mei 12, 2008 by amirmukhriz

Ha ha ha ha.

Syyyyhhhhhh.

Ha ha ha ha wooooooooooooooooooooooooo

Syhhhhhhhhhh

Eysh tak baik kau.

Ha ha ha ha.

Eh, pelllleeessss…..

Hi hi hi

Wo.

“Sepuluh orang lelaki, boleh berkumpul dalam satu bilik. Sepuluh orang perempuan, tak boleh berkumpul dalam satu bilik, kecoh!” seloroh Roy, kontraktor syarikat aku.

Franklin

Posted in Puisi on Mei 9, 2008 by amirmukhriz

Hidup bagaikan layang-layang
Pagi disimpan di atas almari
Petang, di langit meliuk tinggi.

Hidup bagaikan layang-layang
Akur pada angin menghembus
Akur pada ribut membadai
Disentap tali -
Akur pada manusia

Hidup bagaikan layang-layang
[Jangan] Di hujung tali diikat kunci
Datang – kilat – menyambar
Terbakar hangus -
Kaku.
Mati.

10 Mei 08