Arkib untuk September, 2008

Short Term Memory Loss (STML) ?

Posted in Uncategorized on September 21, 2008 by amirmukhriz

1.

Aku ada satu kelamahan yang agak ketara. Aku tak tahu kelemahan ni dikongsi oleh ramai orang, atau cuma aku je yang suffer masalah seperti ini. Tapi, kadangkala, membebankan juga.

Kelemahan aku – sukar mengingat nama orang yang pertama kali aku jumpa.

Hampir sebulan yang lepas, apabila aku melaporkan diri di tempat baru, punyalah bagai nak rak, salam sana, salam sini, berkenalan, bertukar-tukar nama. Tapi lepas beberapa jam jumpa di tempat lain, aku tak dapat nak recall kebanyakan nama-nama mereka.

2.

Sewaktu perjalanan ke Kuching, di dalam flight aku berbual ringkas dengan seorang lelaki muda yang duduk bersebelahan. Namanya- aku lupa.

3.

Ada kawan aku, katanya dia mengatasi masalah ini dengan mengaitkan nama yang baru dikenali dengan nama-nama tokoh atau nama-nama lain yang lebih familiar. Contoh, jika namanya Ghadafi, akan dibayangkan lelaki itu Muamar Ghadafi, untuk bagi nama itu ‘lekat’. Mungkin begitu maksudnya. Macam-macam orang, macam-macam cara. Aku sedang mencari cara yang sesuai dengan aku, mungkin aku akan terus catatkan nama mereka di atas kertas, sejurus berkenalan.

Kek Lapis Sarawak

Posted in Sendiri on September 16, 2008 by amirmukhriz

Esok, ke Sarawak. Kali kedua tahun ini. Tapi, tak jemu. Orang di Sarawak baik-baik. Peramah. Sama macam orang Sabah. Ada masanya, aku sampai malu kerana dilayan dan dibantu dengan begitu bersungguh sekali. Hoho.

Hari ini, 16 September, walaupun tiada cuti, atau sambutan atau perarakan, tetapi hari ini hari yang melengkapkan Malaysia (45 tahun yang lalu). Tanpa Sabah dan Sarawak, Malaysia, bukan Malaysia :)

Pembaca blog ini juga, dari aku mula berblogging di blogspot beberapa tahun lalu, sampai sekarang, ramai juga di kalangan Sabah dan Sarawak. Ada juga seorang pembaca dari Sarawak yang berkongsi minat dengan aku dari segi corak penulisan. Banyak dia memberi sokongan moral, bahkan pernah memberi hadiah material. Wohho. Memang baik orang Malaysia Timur ni :)

(perenggan terakhir terpaksa dipadam)

Zuriat.

Posted in Uncategorized on September 3, 2008 by amirmukhriz
irfan

Jiwa suci
Luhur dari
-segala dosa
Bagai salju putih
gugur dari
langit Tuhan

Hati murni
Aman dari
-sifat tercela
Wajah tenang
aman dari
-fitnah dunia

Kitab amal
belum dibuka
Tanggungjawab
belum dibeban
Masih segar
dalam ingatan
akan
-sebuah persaksian

“Alastu bi rabbikum?”
“ Qaalu, bala syahidna”

Sejahteralah anakku
Sejahteralah zuriatku
Sejahteralah.

Ramadan Kareem.

Posted in Sendiri on September 1, 2008 by amirmukhriz

Selamat berpuasa kepada kamu semua.

Syukur, kita berkesempatan lagi untuk bertemu dengan Ramadan.