Kek Lapis Sarawak
Esok, ke Sarawak. Kali kedua tahun ini. Tapi, tak jemu. Orang di Sarawak baik-baik. Peramah. Sama macam orang Sabah. Ada masanya, aku sampai malu kerana dilayan dan dibantu dengan begitu bersungguh sekali. Hoho.
Hari ini, 16 September, walaupun tiada cuti, atau sambutan atau perarakan, tetapi hari ini hari yang melengkapkan Malaysia (45 tahun yang lalu). Tanpa Sabah dan Sarawak, Malaysia, bukan Malaysia
Pembaca blog ini juga, dari aku mula berblogging di blogspot beberapa tahun lalu, sampai sekarang, ramai juga di kalangan Sabah dan Sarawak. Ada juga seorang pembaca dari Sarawak yang berkongsi minat dengan aku dari segi corak penulisan. Banyak dia memberi sokongan moral, bahkan pernah memberi hadiah material. Wohho. Memang baik orang Malaysia Timur ni
(perenggan terakhir terpaksa dipadam)
September 17, 2008 pada 7:37 pm
Bila lagi la dapat ngeteh dengan kau ni? Heh!
September 21, 2008 pada 4:53 am
Nanti kita confirm. No problem