Arkib untuk Kategori Sendiri

Perutusan Raya 2008

Posted in Sendiri on Oktober 6, 2008 by amirmukhriz

Okey. Selamat Hari Raya yang dah lepas.

Ampun maaf zahir dan batin. Kira kosong-kosong lah ya.

Halalkanlah makan minum, dan apa-apa yang berkaitan.

Terima kasih.

(Dekat office aku, hari ni, ada beberapa orang bergurau minta duit raya. Agak-agak, kalau time tu aku buka wallet dan hulur barang seringgit dua, okey juga, kan? Huh. Kanak-kanak. Memang suka bergurau.)

Kek Lapis Sarawak

Posted in Sendiri on September 16, 2008 by amirmukhriz

Esok, ke Sarawak. Kali kedua tahun ini. Tapi, tak jemu. Orang di Sarawak baik-baik. Peramah. Sama macam orang Sabah. Ada masanya, aku sampai malu kerana dilayan dan dibantu dengan begitu bersungguh sekali. Hoho.

Hari ini, 16 September, walaupun tiada cuti, atau sambutan atau perarakan, tetapi hari ini hari yang melengkapkan Malaysia (45 tahun yang lalu). Tanpa Sabah dan Sarawak, Malaysia, bukan Malaysia :)

Pembaca blog ini juga, dari aku mula berblogging di blogspot beberapa tahun lalu, sampai sekarang, ramai juga di kalangan Sabah dan Sarawak. Ada juga seorang pembaca dari Sarawak yang berkongsi minat dengan aku dari segi corak penulisan. Banyak dia memberi sokongan moral, bahkan pernah memberi hadiah material. Wohho. Memang baik orang Malaysia Timur ni :)

(perenggan terakhir terpaksa dipadam)

Ramadan Kareem.

Posted in Sendiri on September 1, 2008 by amirmukhriz

Selamat berpuasa kepada kamu semua.

Syukur, kita berkesempatan lagi untuk bertemu dengan Ramadan.

Muhammad Irfan, selamat datang ke dunia yang fana’.

Posted in Sendiri on Ogos 14, 2008 by amirmukhriz

Sesaat melihat isteri meraung, merintih, meronta

sakit ketika hendak melahirkan anak, menginsafkan aku

betapa KUATnya seorang wanita.

Selamat tinggal SRS.

Posted in Sendiri on Julai 27, 2008 by amirmukhriz

Esok ke Kluang. Berkursus untuk kerja baru. Terima kasih pada yang mendoakan. Akhirnya, aku berhijrah.

Diskualifikasi.

Posted in Sendiri on Julai 17, 2008 by amirmukhriz

Aku di Stesyen Minyak X. Kerja. Berbual dengan juruwang berkenaan satu pertandingan, yang menawarkan t shirt sebagai hadiah.

“Kena ada slogan,” ujar juruwang A.
“Ada tulis dalam tu, tidak dibenarkan…” juruwang B.
“kakitangan Stesyen Minyak X untuk menyertai pertandingan ini,” Aku sambung kata-kata juruwang B, seorang pakcik Cina.
“Ya lah. Mana boleh. Itu macam, kena tulis tidak dibenarkan kakitangan Stesyen Minyak X isi minyak di Stesyen Minyak X. Baru betul,” hujah juruwang B.
“Betul juga, u pun customer juga!,” Aku.

Hmmm.

Cabaran.

Posted in Sendiri on Julai 10, 2008 by amirmukhriz

Berurusan dengan orang yang tidak tahu tetapi sombong jauh lebih susah daripada berurusan dengan orang yang tidak tahu tetapi tidak sombong.

Panjang benor.

Singkatnya; janganlah kita jadi orang yang bodoh sombong.

Wuuuu.

Debaran.

Posted in Sendiri on Julai 7, 2008 by amirmukhriz

Berdebar-debar.

Dup. Dap.

Dup. Dap.

Macam nak tunggu result periksa.

Itulah debaran yang datang menjengah.

Apabila terdengar gosip, result interview akan keluar dalam masa terdekat.

Ohh.

Dup. Dap.

Dup. Dap.

.

Meoowwwww! (Apa barang…)

Posted in Sendiri on Jun 22, 2008 by amirmukhriz

Aku sampai Kuala Lumpur dalam pukul 10 pagi. Keluar flight, jalan pergi tempat pungut bagasi.

Tunggu dalam lima minit. Beg aku keluar. Pungut.

Tunggu sepuluh minit. Kotak pertama aku keluar. Pungut.

Ada satu lagi kotak. Kecil je. Tak keluar lagi.

Lima belas minit. Hampir semua yang sama flight dengan aku dah blah.

Tinggal dalam tiga orang lagi. Ada seorang perempuan. Kecil-kecil comel. Bukan, dia bukan tunggu untuk pungut beg. Dia staf MAS. Bahagian jaga bagasi, mungkin. Dari jauh dia signal something kat aku. Aku buat-buat faham sambil cakap “A’ah, ada satu barang lagi,”

Lima minit. Kotak aku tak sampai lagi. Dia datang dekat. Menghiraukan baki penumpang lain yang sedang tunggu beg. “Ada sekor lagi ya?”

Esyh, apa barang minah ni. Ada dia sebut sekor. Jenis minah selamba kot? Ke, aku salah dengar? Dengan gentleman, aku jawab. “A’ah, ada satu kotak lagi, kecik je,”

“Ok, encik standby, jap lagi sampai laa tu,”

Lima minit.

Taraaaaaaaa! Kotak kecil aku pun keluar. Comel je.

“Eh, dalam kotak ni, tak mati ke?”

“Mati???”

“Eh, encik bukan bawa anak kucing ke?”

“Eh???!!!”

“Laaa, salah faham…”

Gadis MAS tu pun terus berkomunikasi dengan rakannya menggunakan walkie talkie, dan aku, cuma tergelak kecil dalam hati.

Lucu beb!

Cuba (Jaya?)

Posted in Sendiri dengan label , on Jun 15, 2008 by amirmukhriz

Assalamualaikum,

Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya akan hadiri temuduga kerja pada hari Selasa ini.

Bukan main-main punya kerja. Betul-betul punya kerja. (Mungkin kamu akan bertanya, “ada ke kerja main-main?” – jawapan aku, “tak ada,” tapi kerja yang aku nak hadiri temuduganya pada hari Selasa ini, memang betul-betul punya kerja, bukan main-main punya kerja.)

Harapan saya, tuan-tuan dan puan-puan, tolonglah doakan saya ya. Berkat doa saudara seIslam, yang dekat dan jauh, moga-moga, termakbullah harapan saya, dan semoga kebahagiaan saya itu, dapat dikongsi bersama dengan tuan-tuan dan puan-puan semua. Amiin.