*awas. entri ini menggunakan bahasa rojak.
Dipendekkan cerita, oleh kerana mahu keseronokan berganda, aku jadi pengurus team divisyen 3, pilih taktik yang nampak macam sure jadi punya, dan bawak team tu promoted sampai primier league. Team kesayangan aku waktu tu adalah Hull City. Main taktik 4-3-3. Tiga midfield dan tiga striker, semua letak centre. Takde wing. Sure jadi punya! Masuk sekolah menengah + matriks, duk asrama, aku on off main game ni. Time cuti je main. Game pun dah bertambah moden dan sofistikated. Ada highlight, banyak pilihan liga dan siap boleh urus negara. Boleh edit pemain, duit, dan macam-macam lagi. Masuk u + kerja, aku berhenti terus main game ni. Banyak buang masa aku kalau terus layan. *** Hari ni, hampir lima belas tahun sejak first time aku layan Championship Manager ‘92, Hull City tak perlukan lagi game simulator untuk naik ke Liga Perdana. Hull City, dengan jaringan player yang antara aku tak suka masa manage team ni belasan tahun yang lepas ; Dean Windass, telah menang game play off untuk bersama-sama dengan nama-nama besar liga perdana pada musim depan. ***
Soalan trivia: Mampukah Hull City menyaingi Bolton?