Arkib untuk Kategori Uncategorized

Komuter dan Kereta

Posted in Uncategorized dengan label on Januari 6, 2009 by amirmukhriz

Waktu aku naik komuter dulu, sempat aku habiskan banyak novel. Tapi, dah naik kereta sekarang, tak banyaklah kesempatan untuk aku membaca. Begitu, cerita rakan aku.

Ada betulnya. Waktu mula-mula kerja kat tempat yang dah tak berapa baru ni, aku naik komuter juga. Buku Charlies and the Chocolate Factory aku jadikan teman. Sempat aku habiskan 2/3 buku. Kemudian, aku stop naik komuter, naik kereta, baki 1/3 buku tu, dah tak tersentuh!

Adoi.

Hm. Pagi ni, aku naik komuter. Kembali.

Mampukah aku berlari.

Posted in Uncategorized dengan label , on Disember 30, 2008 by amirmukhriz

Pintu dah diketuk. Loceng dah berbunyi.

Nazri M Annuar dan Tuah Sujana sudah berdiri di muka pintu. Bersungguh mereka meminta aku sesuatu. Mendesak. Memujuk.

“Amanah Tuhan perlu ditunaikan sebaik mungkin,” begitu lebih kurang nasihat adik Tuah Sujana.

“Aku dah pasang C4 kat rumah kau. Baik kau mulakan tugas tu secepat mungkin. Kalau tak, aku letupkan C4 tu!” begitu lebih kurang ugutan abang Nazri M Annuar.

Abang?

Eiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Aku dengan malas menuju ke petak mula, sebuah trek larian.

Tapi,

Mampukah aku berlari???

Short Term Memory Loss (STML) ?

Posted in Uncategorized on September 21, 2008 by amirmukhriz

1.

Aku ada satu kelamahan yang agak ketara. Aku tak tahu kelemahan ni dikongsi oleh ramai orang, atau cuma aku je yang suffer masalah seperti ini. Tapi, kadangkala, membebankan juga.

Kelemahan aku – sukar mengingat nama orang yang pertama kali aku jumpa.

Hampir sebulan yang lepas, apabila aku melaporkan diri di tempat baru, punyalah bagai nak rak, salam sana, salam sini, berkenalan, bertukar-tukar nama. Tapi lepas beberapa jam jumpa di tempat lain, aku tak dapat nak recall kebanyakan nama-nama mereka.

2.

Sewaktu perjalanan ke Kuching, di dalam flight aku berbual ringkas dengan seorang lelaki muda yang duduk bersebelahan. Namanya- aku lupa.

3.

Ada kawan aku, katanya dia mengatasi masalah ini dengan mengaitkan nama yang baru dikenali dengan nama-nama tokoh atau nama-nama lain yang lebih familiar. Contoh, jika namanya Ghadafi, akan dibayangkan lelaki itu Muamar Ghadafi, untuk bagi nama itu ‘lekat’. Mungkin begitu maksudnya. Macam-macam orang, macam-macam cara. Aku sedang mencari cara yang sesuai dengan aku, mungkin aku akan terus catatkan nama mereka di atas kertas, sejurus berkenalan.

Zuriat.

Posted in Uncategorized on September 3, 2008 by amirmukhriz
irfan

Jiwa suci
Luhur dari
-segala dosa
Bagai salju putih
gugur dari
langit Tuhan

Hati murni
Aman dari
-sifat tercela
Wajah tenang
aman dari
-fitnah dunia

Kitab amal
belum dibuka
Tanggungjawab
belum dibeban
Masih segar
dalam ingatan
akan
-sebuah persaksian

“Alastu bi rabbikum?”
“ Qaalu, bala syahidna”

Sejahteralah anakku
Sejahteralah zuriatku
Sejahteralah.

Rojak.

Posted in Uncategorized on Jun 27, 2008 by amirmukhriz

“stimulate”

“simulate”

Dua istilah berbeza. Bunyi pun ketara beza. Cuma hujung-hujung macam nak sama bunyinya.

Tapi, aku perasan, ada beberapa rakan aku yang tersilap menggunakan dua istilah ni.

Contoh: “Cuba kau stimulate kes tu dekat office, kita tengok hasilnya,”

Stimulate. Simulate. Hmmm.

Meow?

Posted in Uncategorized on Jun 19, 2008 by amirmukhriz

Aku di Kuching, Sarawak.

Pertama kali sampai. Semalam, di Kota Kinabalu. Sudah pernah sampai.

Kuching, aku tak rasa ‘jauh’ sangat. Mungkin kerana ramai Melayu, dan bandarnya tak jauh beza dengan bandar-bandar di Semenanjung. Aku berani jalan kaki sorang-sorang, malam-malam. Kalau kat Kota Kinabalu, Labuan, wooo, fikir dua tiga kali. Mungkin perasaan aku saja, atau mungkin sebab amaran daripada pemandu teksi yang bawa aku dari airport ke hotel.

Aku di Kuching, semalam sampai, dari Kota Kinabalu. Aku sampai Kota Kinabalu sama hari dengan hari Yong Teck Lee acah-acah Perdana Menteri. Woo.

Buat masa ini, semuanya nampak tenang. Masih tidak nampak kemungkinan akan berlaku ‘domino effect’ atau tsunami politik yang kedua. Semua masih ‘kelihatan’ tenang. Tapi, politik , siapa boleh jangka?

Woo.

Ok, ini bukan ‘blog politik’.

Aku di Kuching. Banyak juga benda menarik di sini. Juga banyak tempat menarik. Tapi memang tak sempat aku nak lawat, masa terlalu singkat. Tadi, kawan bawa ke kilang Kek Lapis Dayang apaakudahlupa. Kek lapis murah woo. Nak beli ikan masin tak sempat, dah malam.

Sekarang jam sudah 11:37, 12 tengah malam, cc ni tutup. Esok pagi-pagi, aku kena bangun. Flight jam 8.20am. Ok, Kuching. Jumpa lagi!

Meowwwwwwwwwwww.