Pasca Champions League Final

*awas. entri ini menggunakan bahasa rojak.

Lama dulu, sekitar tahun 1993/94, abang aku perkenalkan aku dengan satu game bola yang sekarang mungkin dah tahap legend di kalangan peminat sukan bolasepak. Championship Manager nama game tu. (Amacam peminat bola? Lu pun pernah layan, kan?) Waktu tu, nak install game ni, pakai disket. Takde cd-cd nya time tu. Cpu jenis terbaring atas meja. Dos 3.11!

Dipendekkan cerita, oleh kerana mahu keseronokan berganda, aku jadi pengurus team divisyen 3, pilih taktik yang nampak macam sure jadi punya, dan bawak team tu promoted sampai primier league. Team kesayangan aku waktu tu adalah Hull City. Main taktik 4-3-3. Tiga midfield dan tiga striker, semua letak centre. Takde wing. Sure jadi punya!

Masuk sekolah menengah + matriks, duk asrama, aku on off main game ni. Time cuti je main. Game pun dah bertambah moden dan sofistikated. Ada highlight, banyak pilihan liga dan siap boleh urus negara. Boleh edit pemain, duit, dan macam-macam lagi. Masuk u + kerja, aku berhenti terus main game ni. Banyak buang masa aku kalau terus layan.

***

Hari ni, hampir lima belas tahun sejak first time aku layan Championship Manager ’92, Hull City tak perlukan lagi game simulator untuk naik ke Liga Perdana. Hull City, dengan jaringan player yang antara aku tak suka masa manage team ni belasan tahun yang lepas ; Dean Windass, telah menang game play off untuk bersama-sama dengan nama-nama besar liga perdana pada musim depan.

***


Soalan trivia: Mampukah Hull City menyaingi Bolton?

Advertisements

3 Respons to “Pasca Champions League Final”

  1. Huh. Jangan kau perkecilkan Bolton. He he.

  2. Mampukah?

    HA HA HA HA HA.

  3. amirmukhriz Says:

    Silap. Aku nak tulis mampukah Bolton menyaingi Hull City. Hahha.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: