Minyak.

Minggu lepas, sepatutnya, tumpuan kami di pejabat pada benda lain. Projek lain. Semua dah ready. Siap briefing. Siap training. Support Engineer semua dah panas enjin kereta. Diorang kena pergi enam station satu hari. Install patch dekat system yang sedia ada. Aku pulak, baru balik dari KLCC, masuk opis iring payung, kat luar hujan tengah lebat.

“Hai, bawa payung ni, dah nak balik ke?” Tanya K, jam baru dalam 4.30 petang. Aku malas nak jawab. Senyum je. Macam biasa.

“Ready untuk price change malam ni. Haaa… Tak balik laaa kita semua,” sambung K.

Price change?

Petang lagi sikit, dalam pukul enam, dah tersebar pasal harga petrol naik. Sms dah masuk. Internet dah ada. Segala jenis kenderaan beroda dah beratur dekat station-station minyak. Semua dah goyang!

Dekat ofis, pihak pengurusan dah mula bincang strategi bagi menguruskan kenaikan harga minyak yang bakal diarahkan pada bila-bila masa. Station yang kita orang jaga ada dalam 800 lebih. Dalam 400 station boleh update secara online, baki lagi separuh, kena call dan guide untuk tukar harga, atau yang mana sempat, support engineer akan pergi terus ke station dan tolong tukarkan. Aku punya kerja, kena kemaskini panduan tukar harga (manual), mujur template waktu tukar kali terakhir dulu senior dah buat cun punya. Aku cuma perlu tukar screenshot harga baru dan tambah apa-apa yang patut. Dah siap, aku brief team helpdesk dengan team support engineer satu round.

Pukul lapan malam, bos dapat confirmation call. Harga petrol, diesel, ron92 (minyak merah), dan kerosene untuk semenanjung, sabah, dan sarawak dah dapat. Aku kena betulkan sikit manual aku, untuk petrol, RM2.700 kena tukar jadi RM2.704.

Operasi pun bermula.

Tengah-tengah kalut, dapat laporan ada station dekat Bangsar system down. Pegawai KDNHEP pun khabarnya ada kat sana, support engineer yang ada kat ofis bergegas ke sana. Aku cover tempat dia. Call station. Mencabar juga. Lebih-lebih lagi station yang cuma ada satu komputer untuk jualan. Proses tukar harga akan ganggu operasi dalam sepuluh minit. Pembeli tengah padat kat luar.

+”Encik, masukkan i.d pengurus, tekan butang tu, tekan butang ni,”
-“Eh, tak boleh tekanlah. Tak ada apa-apa pun,”
+”Eh???”
-“Eh, boleh-boleh,”
+”……………..”

Masuk jam 12 tengah malam, ada sikit lagi station belum sempat call. Semua berhempas pulas.

12.30 pagi.
Kami tertumpu pada operasi follow up. Call balik station untuk pastikan tepat jam 12.00 tengah malam tadi, harga dah bertukar.
1 pagi.
2 pagi.
“Eh, kalau macam ni punya penat, PKR nak turunkan harga minyak pun aku tak mahulah,” ada suara berseloroh.
3.00 pagi.
3.30 pagi
Balik. Sampai rumah jam 4 pagi. Tidur. Jam 10 pagi masuk ofis. Ada kawan sorang MC. Ada tiga orang tak balik dari semalam. Aku, tepat 5.30 petang, aku gerak terus. Tak larat!

Malam tu, aku tidur puas-puas. Takde kesian punya. Tanpa aku sedari, segala yang aku catat di atas, berulang lagi sekali! (Kementerian bagi arahan terbaru, harga RM2.704, turun jadi RM2.700).


…………

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: