Contoh

(Fiksyen)

Malam itu, di pejabat, sejuknya tak macam biasa. Penghawa dingin berpusat, dah lama terpadam. Kipas pun, tak dibuka. Tapi, sejuknya, lain macam.

Nuri bangun dari tempat duduknya. berjalan-jalan. Menggoyang-goyangkan tangan. Sejuk. Kerja ada sedikit lagi yang perlu dilangsaikan. Rakan-rakan pejabat, semua sudah balik. Pejabat kosong. Sunyi.

Sejuk.

Tap!

Nuri mendengar seperti ada bunyi tapak kaki. Tapi, siapa? Dia cuba mencari arah dari mana datangnya bunyi tersebut. Mungkin di kawasan pantri. Dia berjalan ke arah pantri pejabatnya.

Tap! Tap! Tap!

***

Nuri berlari selaju mungkin. Meninggalkan kompleks pejabatnya dan menuju ke ruang meletak kereta. Dia yakin, ada orang lain dalam pejabat tersebut. Juga yakin, orang itu merupakan satu ancaman buat dirinya. Dia perlu lari selaju mungkin. Hampir tersangkut tas tangannya dengan sebuah pili bomba yang baru dilepasinya. Ada hampir 100 meter lagi untuk dia sampai ke keretanya. Dia perlu cepat. Dia dapat rasakan, ada orang mengejarnya. Dia dapat rasakan, ada mata memerhatikannya. Dia yakin. Dia menoleh ke belakang. Tiada apa-apa.

Dub!

Nuri rebah. Dia terlanggar sesuatu di hadapannya. Dia menggagahkan dirinya untuk bangkit sambil mendongak melihat siapa yang dilanggarnya.

“Cepat masuk ke dalam kereta,” kata lelaki dihadapannya. Dia tidak kenal lelaki itu. Dia cuma bergegas membuka pintu keretanya, menghidupkan enjin, dan meluncur laju.

Dia tidak kenal lelaki itu. Juga, tidak tahu apa atau siapa yang mengejarnya.

Nuri, menghela nafas lega.

[Bersambung]

(kemaskini 2 September 08)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: